Wednesday, December 23, 2009

DugaanNya

Assalamualaikum.....
First of all setinggi kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana melepaskan aku dari dugaanNya yang amat memeritkan....tp dugaan kali ini aku lalui seorang diri.....actually i miss my mrs.....da lama x jumpa dye....k lah...i have a task to complete...assalamualaikum...

Tuesday, October 20, 2009

Buat wanita

Sebiji Epal

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurangnya dirinya ini?

Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan.... akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak.

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya, tiada lagi wanita yang suci dan mulus, di sekeliling kita ini.

Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri, ingatlah anda pada artikel ini.

The Way

Baja Muhasabah & Taubat

(Ringankan Bebanan Memudahkan Perjalanan)

Takwa mempunyai baja-bajanya dan apabila ramuan-ramuan yang sesuai digunakan, takwa akan hidup dengan suburnya. Antara baja yang diperlukan untuk kesuburan takwa ialah muhasabah dan taubat. Umat Islam perlu berani merenung ke dalam diri dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Khalifah Omar ibn Khattab pernah berkata, �Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah.� Mereka yang berani melakukan muhasabah dan kemudiannya membuat perubahan yang positif ke atas diri sendiri, merekalah orang-orang yang akan berjaya. Dalam surah Ali Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas terbabas melakukan kesilapan. Allah mengiktiraf mereka sebagai golongan yang bertakwa. Allah berfirman, �Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.�

Muhasabah yang dilakukan dengan ikhlas akan melahirkan keinsafan di hati. Keinsafan akan melahirkan taubat. Taubat yang hakiki dikenali sebagai taubat nasuha. Omar Al-Khattab dan Ubai bin Kaab mentafsirkan taubat nasuha sebagai �meninggalkan dosa dan tidak akan kembali melakukannya sebagaimana susu tidak akan kembali ke payu dara.� Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung seorang lelaki di zaman dahulu yang telah membunuh seratus orang lelaki. Beliau akhirnya bertaubat dan sebelum sempat melakukan sebarang kebaikan telah meninggal dunia. Allah menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam rahmatNya.

Di zaman nabi, seorang wanita telah melakukan zina dan dengan penuh penyesalan telah menceritakan tentang perbuatannya itu kepada nabi. Beliau pun dihukum oleh nabi. Selepas beliau meninggal dunia, nabi melaksanakan solat jenazah ke atas mayatnya. Perbuatan nabi ini memelikkan Omar Al-Khattab lantas Omar pun bertanya, �Kamu bersembahyang ke atas mayatnya sedangkan beliau pernah berzina?� Nabi menjawab, �Dia telah bertaubat dengan satu taubat yang andai kata diagihkan taubat itu kepada tujuh puluh orang ahli-ahli maksiat di Madinah (yakni orang-orang munafik), nescaya ia mencukupi bagi mereka.� Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Mengikut satu riwayat oleh Kalbi, �Dua orang sahabat, seorang dari Ansar dan seorang lagi dari Bani Thaqif, telah dipersaudarakan oleh nabi. Hubungan antara mereka berdua cukup mesra dan pada suatu hari sahabat dari Ansar telah keluar berperang bersama nabi. Beliau mengamanahkan sahabat beliau dari Bani Thaqif untuk menjaga isterinya ketika beliau tiada. Kesemuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Namun pada suatu hari ketika sahabat dari Bani Thaqif menziarahi rumah sahabatnya untuk meninjau keadaan isteri sahabatnya, beliau ternampak wanita itu dalam keadaan yang terdedah auratnya. Beliau terus masuk ke dalam rumah dan secara spontan terus menyentuh muka isteri sahabatnya serta mencium tangannya. Tiba-tiba beliau berasa malu atas perbuatannya dan terus melarikan diri ke atas bukit. Di situ beliau menjerit dan menangis meminta ampun kepada Allah tanpa henti. Apabila sahabatnya kembali dari medan perang isterinya menceritakan tentang apa yang berlaku dan berita ini kemudiannya sampai kepada nabi. Akhirnya Jibrail pun datang menyampaikan wahyu daripada Allah, iaitu ayat 135 dari surah Ali-Imran, yang telah disebutkan sebelum ini iaitu, �Mereka (yang bertakwa) ialah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.�

Justeru Allah mengasihi mereka yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat Ia adalah langkah penting menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dalam Risalah Qusyairiyah, Imam Qusyairi berkata, �Taubat ialah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah.

Luahan hati ku

Lelaki Abai Tugas Pelindung Tanda Akhir Zaman

Jendela Hikmah
Oleh: Maszlee Malik

DIRIWAYATKAN oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: �Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan menjadi berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehinggakan 50 wanita hanya dilindungi oleh seorang lelaki.� (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Masalah sosial dan keluarga yang kian meruncing adalah disebabkan ramai lelaki yang tidak lagi berperanan sebagai lelaki dan hilang semangat kelelakiannya.

Mungkin ramai yang akan menduga hilang semangat kelelakian membawa maksud bertambahnya lelaki lembut seperti yang pernah diperbincangkan dalam akhbar harian tempatan suatu waktu dulu.

Ada juga menyangkakan yang dimaksudkan dengan semakin kurangnya bilangan lelaki, tetapi sebenarnya bukan demikian. Bilangan lelaki ramai, jika tidak lebih atau sama dengan bilangan wanita pun sekurang-kurangnya tidaklah terlalu jauh nisbahnya.

Yang dimaksudkan di sini ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranannya sebagai lelaki seperti disebutkan oleh al-Quran: �Para lelaki adalah qawwamun (pelindung) kepada wanita.� (Surah al-Nisa, ayat 24)

Hipotesis itu sebenarnya ada kebenarannya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan bertepatan dengan hadis di atas. Hadis itu menyebut bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita, dan yang lebih parah lagi, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Menariknya, dalam hadis itu Rasulullah SAW menggunakan perkataan �qawwam� yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan tidak menggunakan perkataan �rijal� yang membawa maksud lelaki.

Maksudnya, orang lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sama ada tidak bertanggungjawab menjaga keluarga, tidak berperanan sebagai ketua keluarga ataupun memperlakukan wanita dengan perlakuan memudaratkan mereka, seperti mengeksploit, merogol, menjadikan wanita alat pemuas nafsu dan sebagainya.

Lihat apa yang berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin hari semakin hancur moralnya. Berita kejadian rogol bagaikan sama wajibnya dengan ruangan siaran televisyen di dada akhbar.

Sumbang mahram, bunuh, samun, ragut, dera isteri, anak, pembantu rumah dan 1001 kejadian dan peristiwa yang jelas menunjukkan hilangnya kelelakian ramai lelaki di Malaysia ini.

Bukannya hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi kerana mereka tidak menjalankan tugas mereka sebagai lelaki yang sebenarnya iaitu �pelindung� bagi wanita.

Apakah rasionalnya teori itu? Jika lelaki mempunyai kelelakian dan menjadi pelindung, dia akan melihat wanita golongan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga kehormatan, tidak boleh dikasari, tidak dieksploitasi apa lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang.

Lelaki yang mempunyai sifat pelindung tidak akan berzina dengan wanita yang haram baginya kerana menyedari dia wajib melindungi maruah wanita itu. Lelaki pelindung tidak akan merogol wanita, kerana beliau menyedari beliaulah yang patut melindungi wanita daripada dikasari dan dizalimi, apatah lagi terhadap anak, cucu dan kerabat mereka sendiri.

Seorang lelaki pelindung juga tidak sekali-kali akan menyamun, mencuri, meragut dan membunuh wanita kerana merekalah yang sepatutnya melindungi wanita daripada sebarang mudarat dan musibah. Pendek kata, jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.

Keluarga memerlukan lelaki pelindung yang tidak akan bermalasan di rumah membiarkan isteri dan anak saja membanting tulang. Lelaki pelindung juga tidak akan memukul dan mendera sama ada isteri mahupun anaknya.

Lelaki pelindung juga tidak akan menengking, mengherdik, memaki, mencaci dan mencarut wanita dan ahli keluarganya, tidak akan menggadai maruah anak isteri walau sesulit mana pun masalah yang dihadapi. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus di dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia pada hari ini.

Ironiknya dalam sesetengah keadaan, wanita turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki. Kedengaran suara sumbang aktivis wanita yang ingin mendapat taraf sama dengan lelaki tanpa menyedari risikonya.

Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini di dominasi lelaki. Di satu sudut, muncul bagai cendawan lepas hujan wanita yang rela diri dieksploitasi lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata daripada etika dan maruah.

Bagaikan sesuatu yang biasa, kewujudan GRO, pelacuran sama ada yang terhormat ataupun tidak berlesen. Media berlumba-lumba mempergunakan wanita untuk melariskan produk mereka.

Bagaimana menyedarkan lelaki mengenai tugas mereka sebagai pelindung? Proses yang bagaimana perlu diaplikasikan terhadap semua lelaki di Malaysia supaya sedar mereka adalah lelaki dan perlu menjadi pelindung bagi wanita?

Dalam hal ini, lelaki terutama Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan perlunya mereka kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dan menjadikan lelaki sebagai pelindung martabat iu.

Jika seseorang Muslim sedar bahawa dia adalah hamba Allah, maka dia wajib mengikuti perintah Allah, mengikut ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki melindungi wanita mencontohi Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita. Baginda mengajar kita bagaimana melindungi wanita sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah, lelaki akan sentiasa menjadi pelindung bagi wanita.

Friday, October 16, 2009

A Guide For Me

assalamualaikum....
huhu sudah lama aku x buka blog...haha...
kesibukan pergi hospital dapatkan rawatan susulan la katakan...
Alhamdullillah...sekarang aku da rasa something...lepas operation 2 baru aku tau bagaimana rasa nak mati....hek3...takut pun ada...ntah la aku pun still xtau nak describe myself...
but im now in process changing myself to be a better guy
for my Mrs. hehe....dont wory okay......im always with you....sebenarnye aku nak berubah jadi yang terbaik tp x tau la mampu or x aku mngubah diri aku......doakan aku mampu berubah..
huhu.....actually today aku pn x tau sangat nak cakap ape..okay la.....to my Mrs...hehe..i love you...
Assalamualaikum....=)

Thursday, October 1, 2009

THE Operation......

assalamulaikum............
ari nie aku baru kelauar dari wad...huh sungguh borink berada dalam wad...1st day ada operation..takut yang teramat sangat...bayangkan berda dalam dewan bedah OT...takut yang teramat sgt....huh...mula2 jarum dimasukkan kedalam tangan kiriku....peritnya....pastu aku dibawa atas kerusi roda ke OT...... berdebar gile....aku dipindahkan ke atas katil special dlam OT..sejuk badanku bila tersentuh besi katil bedah.....suasana jadi sejuk.....depan ku terdapat tiga buah lampu sport light....aku di berikan oxygen then doctor masukkan bius dlam oxygen tersebut....then aku pn terus blank.....sesedarnya aku.........aku berada di atas katil di wad ICU....aduh!!!peritnya dekat kawsan yang dibedah......hanya ALLAH sahaja yang tau bertapa sakitnya......ari 2 aku tido je....mungkin penat kot.....keesokan harinya..doktor datang cuci tempat yang di bedah 2...pedih gak la...tp x la sesakit hari pertama dibedah.....tapi hari kedua merupakan hari paling bahagia bagi aku...sudah dua bln aku x jumpe die....akhirnya dia datang melawat aku.....she so cute that day...aku betol2 rase bersemangat.....agak lame jgak la kami bersama.....dapat juga lepas rindu yang lama tersimpan......banyak moment aku dgan die ari 2....only just she n me know that...hehe..i love you mrs nazim.....hehe..my sayang....k la aku nak rest jup, penat sakit pn x abes lg...assalamualaikum....bye..

Monday, September 28, 2009

The 1st

i just came back from johor..fuh...jauhnye perjalanan....penat kot..dah la sepanjang perjalanan x bole tidoq....adeh..penant2...tp akhirnya sampai jugak ke rumah ku...aku da la sakit x abes lg huhu...sakit kot...tp besh jgak la g sana...macam2 aku tgk...aku jalan merata tempat walaupun penat....aku ari nie mungkin akan menjalani minor operation...takut2...da la xjumpa my lover da hampir 2 bulan lebih....rindu kot kat die.....k la...aku pn ada banyak lg keja nak bwt...assalamualaikum....